Thursday, February 26, 2009

HaDiS pILIhAn



Sabda Nabi SAW:


"Jangan sekali-kali kamu meremahkan sesuatu perbuatan yang baik walaupun hanya dengan menyambut saudaramu dengan muka yang manis.:[ Riwayat Muslim]


"Orang yang bijak adalah sesiapa yang menghampirkan diri kepada ALLAH SWT dan melakukan amalan untuk bekalan selepas kematian." [ Mafhum Hadis]


HAK SESAMA MUSLIM ADA 6 PERKARA:


1. Memberi Salam

2. Memenuhi undangan

3. Memberi nasihat

4. Mendoakan orang bersin

5. Menziarah orang sakit

6. Mengiringi jenazah

[Hadis Baihaqi]




JENIS-JENIS SYAITAN



sYaItAn...

SyAiTaN adalah suku sakan jin,hantu,bunian dan sewaktu denganya. SYaiTAN ini mempunyai ketua....Nama KeTuaNya Ialah IBliS.Tugas makhluk ini adalah untuk mengoda manusia supaya lalai dan lupa akan azab ALLAH SWT, Syaitan mencari teman dari kalangan manusia untuk bersamanya di neraka kelak,kerana itu adalah janjinya sejak azali.

Sayyidina Umar berkata:

"Akan turunnya iblis yakni SyAiTAn itu ada sembilan macam NaManya."

1. SyAiTAn Zalitun :Tugasnya ialah mengoda orang yang berada di dalamPASAR.

> OPsss...BerHati-hatilah apabila berada di dalam pasar kerana si zaLituN berada di sana.

2. SyAitaN wAtSin : Tugasnya ialah mengganggu orang yang mengalami musibah.Syaitan ini akan mengoda kita supaya tidak redoh dengan dugaan.

> So..kalau ditimpah musibah,lihatlah hikmah disebaliknya...

3. SyaITAN LaQuS : Bertugas di golongan orang-orang majusi (orang-orang yang memyembah matahari)..

> KE...Syaitan ni juga sembah matahari.

4. Syaitan A'wAn : Bertugas mengoda para sultan atau Pemimpin supaya berbuat zalim kepada RaKyaTnYa.

> beringat-ingatlah wahai bakal pemimpin ada ni si A'waN mengekori AnDa.

5. SyaiTAN HaFAf : Tugasnya pada minuman keras,ganja,merokok dan sewaktu denganya.

> eLaKkan diri daripada benda-benda tersebut.aMiN...

6. sYaitaN MuRrah : Tugasnya pada peralatan muzik seperti seluring,terompet,gitar dan seumpamanya.

> BaH...main kompang ajelah.

7. SYAitan MasutH : tugasnya pada orang yang suka bercakap bohong.

> Na nA......siapa kaki gOsiP tu ingat-Ingatlah.

8. SyAiTaN daSiM : Tugasnya memporak-perandakan rumah tangga. Si DasiM ni duduk diatas pintu Rumah.So kalau masuk rumah main terjah saja tak bersalam,confirm dia ikut masuk.

> Jangan bIaRkan Tetamu tiDak diundang ini masuk kedalam rumah AnDa...BeriLah Salam dapat PaHala aman Rumah tanGGa.

9. SyaiTan WalHan @ Wilhan : Tugasnya mewujudkan rasa WaS-wAs di dalam HaTi.

> Choop....Sikap Was-was tu CoNtrOl la sIkIT.

Kesimpulannya, Hidup kita ini tidak lepas daripada goadaan makhluk Bernama "SyAiTaN"

Nota: sentiasalah berwaspada kerana suku sakan syaitan sentiasa mendampingi mu,tidak kira tempat atau masa.

"Ingatlah nama-nama syaitan ini,jangan beri nama ini untuk anak-anak anda....kang...naye......

IDAMAN HATI



IDAMAN HATI

Bukan rupa paras menjadi pilihan kerana ia akan berubah
Bukan kesempurnaan perbadi tapi keimanan kepada ALLAH
Bukan pangkat dan harta yang dicari tapi keikhlasan dalam pergaulan
Bukan emas,permata dan berlian menjadi impian tetapi ilmu agama
menawan kalbu
Bukan cinta nafsu yang dicari biarlah cinta kerana ilahi
Bukan romantik palsu tapi biarlah romantik dengan kasih sayang
kerana penciptanya.

Wednesday, February 25, 2009

SERIKANDI IDAMAN


SITI KHADIJAH

Siti Khadijah, satu nama yang indah untuk diperkatakan,terasa lembut,damai dan tenteram rasanya. Ciri seorang isteri yang terbaik dan cemerlang sehingga Rasulullah SAW berkata "Tidak ada seorang pun yang dapat menggantikan Khadijah." Begitu mulianya hati seorang wanita yang bernama Siti Khadijah.

Ketika zaman kegelapan jahiliya,wanita-wanita di ibarat pasir di jalanan yang tiada harga diri,dipandang hina dan tidak dihormati..Berlainan pula dengan kisah Siti Khadijah, sentiasa menjaga kehormatan dirinya dan beriman.Setelah berkahwin dengan Rasulullah SAW,Khadijah sanggup berkorban demi islam kerana yakin syurga akan menanti.

Sebagai seorang isteri.Siti Khadijah sanggup mengorbankan seluruh hartanya ketika suaminya memerlukan pertolongan demi islam,menghiburkan suaminya ketika perjuangan islam dilanda pelbagai masalah,pemberi semangat kepada suaminya ketika suka dan duka dan menjadi penyokong kuat kepada suaminya apabila tiada sesiapa yang mempercayai akan kata-kata suaminya sehinggalah digelar "Ummi Mukminin." Inilah ciri isteri soleha.

Sebagai seorang ibu.Siti khadijah mendidik anak-anaknya dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepada ALLAH SWT,mendidik anak-anaknya dengan sempurna dari segi adab dan sopan,budi pekerti,kemasyarakatan dan sebagainya,sehingga lahirlah anak-anak yang soleha.Siti Khadijah mendapat gelaran "Ibu Mithali Sejati."sehingga hari tiada pengganti.

"Jangan mengharapkan suami sehebat Rasulullah SAW,Jika diri tidak sehebat Saiditina Khadijah."





Syaitan Jenis Manusia

Waspadalah Terhadap Ganguan Syaitan Jenis Manusia.

Syaitan dari jenis manusia itu termasuk makhluk berjasad kasar mereka adalah manusia biasa,boleh dilihat dan boleh diraba.mereka suka makan dan minum.Cuma sahaja dia tidak mahu taat kepada ALLAH SWT.Kesukaannya mengoda,memfitnah,mengadu domba,kepada sesama manusianya.Dengan menggunakan kekuasaan,kalau dia sedang berkuasa.Menggunakan kekayaan,kalau dia sedang kaya, untuk kemaksiatan dan kemungkaran.Syaitan yang semacam inilah yang lebih berbahaya daripada syaitan jin.

Malik bin Dinar mengatakan:
"sesungguhnya syaitan manusia itu lebih berat bagiku berbanding dengan syaiyan bangsa jin,kalau syaitan bangsa jin apabila membaca "A'uuzu billaahiminas syaithannirrajiim"minta perlindungan kepada ALLAH,maka syaitan bangsa jin itu pergi. Tapi kalau syaitan sebangsa manusia,walaupun kubacakan "A'uuzu billaahiminas syaithannirrajiim"dia selalu mendatangi kepadaku, etrus menyeretku ke arah perbuatan maksiat."

Hujjatul Islam,Imamul Ghazali menjelaskan tentang bahayanya syaitan jenis manusia, bahawa Beliau berkata:
"Adalah kamu daripada syaitan-syaitan jin itu aman.Dan berhati-hati kamu daripada syaitan-syaitan manusia itu telah memberikan kesenangan kepada syaitan-syaitan jin dari oada kesengsaraanya."

Firman ALLAH SWT yang bermaksud:

"Telah kami ciptakan bagi setiap Nabi beberapa musuh yang terdiri dari para syaitan yang terjadi daripada manusia dan jin yang membisikkan sebahagian dari mereka kepada yang lainnya,dengan kata-kata yang dihiasinya sebagai tipu dayanya."


nota: Di akhir zaman ini,terlalu ramai syaitan jenis manusia ini telah wujud.Lihatlah sahaja semakin hari dunia tidak aman...Inilah petanda dunia akan berakhir.

Tuesday, February 24, 2009

FADILAT BERZIKIR

Kelebihan Berzikir

1.Zikir menjauhkan syaitan dan melemahkan kekuatannya
2.Zikir mengembirakan hati ( Jadi kalau rasa hati tak gembira berzikirlah).
3.Zikir memurahkan rezeki
4.Zikir menyebabkan Allah redha
5.Zikir adalah membuka pintu makrifat Allah.
6.Zikir adalah ubat yang paling mujarab untuk hati

"Sahabatku,marilah kita mengamalkan zikir dalam kehidupan kita seharian."
"Jika hati kita kotor dan lemah ubatilah ia dengan zikirullah."

Antara zikir ringkas yang kita boleh lakukan:

"Ya Allah"
"Ya Karim"
"Ya Latif"
"Subahanallah"
"Alhamdulillah"

Setiap amalan kita yang baik akan beroleh "PAHALA"

5 MAWAR


MAWAR 1
Ingatlah,bahawa sesungguhnya Tuhan maha Mengampuni orang yang beristighfar, Maha pemberi taubat atas siapa saja yang bertaubat, dan menerima orang yang kembali kepadaNya.

MAWAR 2
Kasihanilah orang-orang yang lemah,nescsya akan bahagia.Berilah orang-orang yang memerlukan pertolongan,nescaya anda akan merasa puas.Rendamlah emosi anda,nescaya anda akan selamat.

MAWAR 3
Jadilah seperti pohon kurma; tinggi cita-citanya,kebal dari penyakit, dan bila dilemper batu, ia membalas dengan buah kurmanya.

MAWAR 4
Padamkan api kedengkian di dadamu dengan memaafkan semua yang pernah berbuat salah kepadamu.

MAWAR 5
Mandi,berwudhu,memakai wewangian dan bersiwak dengan teratur, merupakan ubat mujarab untuk mengatasi kepenatan dan kesempitan.