Wednesday, February 25, 2009

SERIKANDI IDAMAN


SITI KHADIJAH

Siti Khadijah, satu nama yang indah untuk diperkatakan,terasa lembut,damai dan tenteram rasanya. Ciri seorang isteri yang terbaik dan cemerlang sehingga Rasulullah SAW berkata "Tidak ada seorang pun yang dapat menggantikan Khadijah." Begitu mulianya hati seorang wanita yang bernama Siti Khadijah.

Ketika zaman kegelapan jahiliya,wanita-wanita di ibarat pasir di jalanan yang tiada harga diri,dipandang hina dan tidak dihormati..Berlainan pula dengan kisah Siti Khadijah, sentiasa menjaga kehormatan dirinya dan beriman.Setelah berkahwin dengan Rasulullah SAW,Khadijah sanggup berkorban demi islam kerana yakin syurga akan menanti.

Sebagai seorang isteri.Siti Khadijah sanggup mengorbankan seluruh hartanya ketika suaminya memerlukan pertolongan demi islam,menghiburkan suaminya ketika perjuangan islam dilanda pelbagai masalah,pemberi semangat kepada suaminya ketika suka dan duka dan menjadi penyokong kuat kepada suaminya apabila tiada sesiapa yang mempercayai akan kata-kata suaminya sehinggalah digelar "Ummi Mukminin." Inilah ciri isteri soleha.

Sebagai seorang ibu.Siti khadijah mendidik anak-anaknya dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepada ALLAH SWT,mendidik anak-anaknya dengan sempurna dari segi adab dan sopan,budi pekerti,kemasyarakatan dan sebagainya,sehingga lahirlah anak-anak yang soleha.Siti Khadijah mendapat gelaran "Ibu Mithali Sejati."sehingga hari tiada pengganti.

"Jangan mengharapkan suami sehebat Rasulullah SAW,Jika diri tidak sehebat Saiditina Khadijah."





No comments:

Post a Comment