Wednesday, February 25, 2009

Syaitan Jenis Manusia

Waspadalah Terhadap Ganguan Syaitan Jenis Manusia.

Syaitan dari jenis manusia itu termasuk makhluk berjasad kasar mereka adalah manusia biasa,boleh dilihat dan boleh diraba.mereka suka makan dan minum.Cuma sahaja dia tidak mahu taat kepada ALLAH SWT.Kesukaannya mengoda,memfitnah,mengadu domba,kepada sesama manusianya.Dengan menggunakan kekuasaan,kalau dia sedang berkuasa.Menggunakan kekayaan,kalau dia sedang kaya, untuk kemaksiatan dan kemungkaran.Syaitan yang semacam inilah yang lebih berbahaya daripada syaitan jin.

Malik bin Dinar mengatakan:
"sesungguhnya syaitan manusia itu lebih berat bagiku berbanding dengan syaiyan bangsa jin,kalau syaitan bangsa jin apabila membaca "A'uuzu billaahiminas syaithannirrajiim"minta perlindungan kepada ALLAH,maka syaitan bangsa jin itu pergi. Tapi kalau syaitan sebangsa manusia,walaupun kubacakan "A'uuzu billaahiminas syaithannirrajiim"dia selalu mendatangi kepadaku, etrus menyeretku ke arah perbuatan maksiat."

Hujjatul Islam,Imamul Ghazali menjelaskan tentang bahayanya syaitan jenis manusia, bahawa Beliau berkata:
"Adalah kamu daripada syaitan-syaitan jin itu aman.Dan berhati-hati kamu daripada syaitan-syaitan manusia itu telah memberikan kesenangan kepada syaitan-syaitan jin dari oada kesengsaraanya."

Firman ALLAH SWT yang bermaksud:

"Telah kami ciptakan bagi setiap Nabi beberapa musuh yang terdiri dari para syaitan yang terjadi daripada manusia dan jin yang membisikkan sebahagian dari mereka kepada yang lainnya,dengan kata-kata yang dihiasinya sebagai tipu dayanya."


nota: Di akhir zaman ini,terlalu ramai syaitan jenis manusia ini telah wujud.Lihatlah sahaja semakin hari dunia tidak aman...Inilah petanda dunia akan berakhir.

No comments:

Post a Comment