Thursday, June 25, 2009

PERIBADI UNGGUL


KECERIAAN

1.Orang yang ceria adalah ornag yang boleh menikmati hidup,tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan.

2.Dia dapat menceriakan situasi orang lain juga dirinya sendiri.

3.Kerana tidak semua orang dikurniakan dengan sifat dan mood yang sentiasa ceria.

4.Dia memilih potensi untuk menghiburkan dan mendorong semangat orang lain.


RENDAH HATI

1. Hanya orang yang kuat jiwanya yang boleh bersikap rendah hati.

2. Ia seperti padi yang semakin berisi semakin tunduk.

3. Orang yang rendah hati dapat mengakui dan menghargai keunggulan orang lain.

4. Maka,wujudlah semangat kerjasama berpasukan ataupun 'Team Work' dalam sebuah unit.


EASY GOING

1. Orang yang easy going menggangap hidup ini ringan.

2. Dia tidak suka membesarkan-besarkan masalah kecil.Bahkan berusaha mengecilkan masalah-masalah bear.

3. Dia tidak suka mengungkit masa lalu dan tidak mahu rungsing dengan masa depan malah sentiasa berdoa kepada ALLAH.

4. Dia tidak akan stress dengan masalah-masalah yang berada di luar kawalannya.


PERCAYA DIRI

1. Rasa percaya diri memungkinkan seseorang menerima dirinya sebagaimana adanya,menghargai dirinya dan menghargai orang lain.

2. Orang yang percaya diri mudah menyesuaikan diri dengan lingkungan dan situasi yang baru.

3. Dia tahu apa yang harus dilakukan dan melakukannya dengan baik.

Sunday, June 21, 2009

TaRgEt




"Whatever life shall bring your way,give your level the best everyday".

" By working and not idling"

"Live for today by learning from yesterday,but aim for tomorrow by planning today"

" I can achieve anything when I set my mind,my heart and body for it".

"Success is on your side when you really decide".

"The important thing in life is not what happened to you in the past,but what is going to happen to you in the future"



"A winner visualise mentally the act of winning long before it ever happen"

Wednesday, June 17, 2009

MuTiArA KaTa



"Orang yang berbudi pekerti mulia dan berilmu itu jernih mukanya,
lapang dadanya,dan suci hatinya dan lemah lembut perkataannya dan baik segala perbuatannya."


Empat tanda kesempurnaan:

1.Ilmu dengan Manfaat
2.Agama dan taqwa
3.Amal dengan niat
4.Kemuliaan dengan kelebihan.



Ada empat tanda-tanda orang berakal:

1.Cinta pada Ilmu
2.Tidak berubah mukanya waktu menerima umpat dan puji
3.Bagus jawapan
4.Banyak benarnya



Gelap itu ada lima perkara:

1.Gelap hari kerana malam
2.Gelap mata kerana buta
3.Gelap otak kerana tidak berilmu
4.Gelap hati kerana tidak beragama
5.Gelap kehidupan kerana lemah ekonomi



Lima tunggak kejayaan:

1.Jadikan keyakinan sebagai pegangan hidup
2.Dorongan sebagai teman setia
3.Putus asa dijadikan musuh durjana
4.Jadikan tekun dan usaha sebagai tangga kejayaan
5.kesabaran dan tawakkal terapkan di dalam hati.




Sunday, June 14, 2009

KURSUS PRA PERKAHWINAN




KURSUS PRA PERKAHWINAN
PERINGKAT DAERAH KUNAK
SIRI II
06-07 JUN 2009
TEMPAT : HOSPITAL DAERAH KUNAK
ANJURAN JHEAINS DEARAH KUNAK.





TaHnIaH...TaHniaH.....TaHnIaH..

Sekalung Tahniah diucapakan kepada pihak JHEAINS kunak kerana telah berjaya
mengadakan Kursus Pra Perkahwinan siri yang ke-2.
Ana sebagai peserta kursus, sangat bertuah kerana mendapat satu ilmu yang baru untuk
bekalan kehidupan berumahtangga kelak.




Tentatif Program Hari Pertama: (06 Jun 2009).


7.30-7.45 am - Pendaftaran Peserta (Urusetia)


7.45-8.30 am - Taklimat (PPR Daerah Kunak) & Menggarap minda (Imam Rizely bin Wadie)

8.30-9.30 am - Modul 1 :Asas Pembinaan Insan :Aqidah -(Ustaz Azmin Hj.Pulung)

9.30-10.30 am - Modul 2 : Asas Pembinaan Insan : Ibadah -(Im A.Ramli bin Hj.Abd Jali)

10.30-10.45 am - Rehat/Minum Pagi

10.45 - 11.45 am - Modul 3 :Asas Pembinaan Insan : Akhlak - (Im A.Ramli bin Hj.Abd Jali)

11.45-12.45 pm - Modul 4 : Hubungan Dalam Keluarga - (Im Ajah bin Rasin)

12.45-1.30 pm - Rehat/Solat Zohor /makan tengahari

1.30 - 3.00 pm- Modul 5 :Pengurusan Kesihatan -(Pengarah Hospital Kunak :Dr.Asbullah Sudin)

3.00-5.00 pm - Modul 6 : Prosedur perkahwinan & Poligami -(Im Mohd Rani bin Tawit)

5.05 pm : Sesi pertama Berakhir.



Tentatif program hari kedua :(07 Jun 2009)


8.00-9.00 am - Modul 7 : Pengurusan Kewangan dan Masa -(Im Abd Hashim bin Talaim)

9.00-10.00 am - Modul 8 : komunikasi Suami & Isteri -(Im Mohd Rani bin Tawit)

10.00-10.30 am - Rehat/Minum Pagi

10.30 - 11.30 am - Modul 9 : Pengurusan Stres dan Konflik -(Im Hj.Mohd tang bin latif)

11.30-12.30 pm-Modul 10 : Perkhidmatan rundingcara di JHEAINS-(Im Abd Hashim b.Talaim)

12.30 2.00 pm - Rehat/Solat Zohor/Makan tengahari

2.00 - 3.30 pm - Modul 11 : Pembubaran Perkahwinan - ( Im Ajah bin Rasin)

3.30 - 4.20 pm - Penyampaian sijil kepada Peserta Kursus


4.30 pm : Kursus pra perkahwinan berakhir.



Setelah mengikuti kursus ini, ana banyak belajar mengenai alam rumahtangga yang banyak dugaan dan macam mana kita mengatasinya apabila ditimpa masalah. Persediaan darisegi mental,fizikal,rohani dan sosial perlu dimantapkan lagi apabila seseorang itu melayari bahtera alam berumahtangga..







TIPS RUMAHTANGGA SEMAKIN LAMA SEMAKIN SAYANG



Tafsiran daripada perkataan SUAMI..



S = Soleh & Sabar

U = Usaha


A = Amanah


M = Mawadah (sikap sayang,toleransi dan sebagainya)


I = Ikhlas & beriman


Tafsiran daripada perkataan ISTERI..


I = Iman & ikhlas


S = Sabar/setia/senyum


T = Taat/takwah


E = Ekonomi


R = Redoh


I = Iman







REakSI BeRcAkAp

Dalam kehidupan ini banyak reaksi seseorang apabila berlaku sesuatu perbualan.


Ketika bercakap dengan seseorang,selalu kita dapat melihat berbagai-bagai reaksinya.
Antara reaksi yang dapat dilihat ialah merenung tajam mata ita,memandang ke arah lain, memain-mainkan jari-jari tangan dan banyak lagi.


Antara tanda-tanda atau reakdsi seseorang yang tidak berminat mendengar kita bercakap ialah:


1. Dia mula menguap-nguap.mula menunjukkan mata kuyu dan mengantuk.

2. Mula memandang kearah lain,bercakap-cakap dengan orang
disebelahnya,dibelakang atau dihadapanya.

3. Dia mula mengubah tajuk percakapan

4. Kalau ada kertas atau alat tulis,dia mula menulis sesuatu,melukis atau melakar
tanpa karuan.

5. Mula-mula duduk tegak dikerusi lama-kelamahan dia merendahkan badan
seakan-akan malu tidur.

6. Kerap sangat melihat jam ditangan

7. Dia kelihatan gelisah berbanding ketika mula-mula bercakap dengan anda.

8. Mula megunyah makanan kalau ada makanan.

9. Dia mula memejamkan mata seakan-akan mahu tidur

10. Melakukan kelakuan-kelakuan lain yang agak kurang sopan atau yang tidak
menyenangkan

PeRinGaTaN: kalau anda melihat 10 tanda-tanda diatas pada seseorang ketika berbual,maka cepatlah mengakhiri percakapan dengan segera..

Friday, June 5, 2009

SuJuD


Tika malam hening
aku datang kepada Mu
Ya Allah...

Memohon sesuatu daripada Mu
Memohon RedohMu
Memohon KeampunanMu..
Moga aku di terima sebagai hambamu..



Di sujudku yang terakhir..
Ya Allah aku mengharapkan
Pengampunan atas dosa-dosa ku
Yang terdahulu,sekarang dan yang akan datang..



Di sujudku yang terakhir
Ya Allah aku merintih
Semoga Hati yang keras ini
dilembutkan selembutnya
untuk menerima hidayat Mu



Di sujudku yang terakhir
Ya Allah aku menagih
akan cintaMu...cinta orang yang mencintaiMu
Agar aku kekal dalam jalan dakwah Mu..



Di sujudku yang terakhir
Ya Allah aku meminta
Akan syurgaMu....
Adakah Ya Allah aku layak
untuk syurgaMu...
Moga aku tergolong dalam hambamu
yang engkau terima..
Kerana aku tidak sanggup
ke nerakaMu..



Di sujudku yang terakhir
Ya Allah aku mohon keberkatan hidup
di dunia hinggalah ke akhirat...



Ya ALLAH terimalah aku
Ya Rahman terimalah aku.....
Tunjukkan aku jalan lurus.






Tuesday, June 2, 2009

MaAf

" Aku tidak akan maafkan sehingga dia MaTi"
Dialog ini sering kita dengar dari setiap bibir manusia..Dialog ini sangat
GelEmOuR apabila perasaan marah menguasai MinDa.

" Aku tidak akan meminta mAAf kepadanya walaupun apa yang akan terjadi"..
ini adalah dialog yang sering kita dengari apabila berlaku selisih faham sesama manusia..

PerSoAlanNya: Mengapakah sukar untuk melafazkan maaF atau meminta MAAf?..

Kalau diikutkan dek akal yang waras...Meminta mAAf atau Memberi mAAf tidak akan dikenakan bayaran...Ia adalah percuma..Walhal kita akan dapat ganjaran yang lebih besar disisi ALLAH iaitu PAHALA..

Apabila wujudnya perasaan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain
maka wujudlah DENDAM..
Apabila penyakit Hati ini lahir maka tidak hairanlah apabila saban hari kita
mendengar atau melihat kes-kes pembunuhan yang sering disiarkan oleh media cetak atau elektronik..

Nyatalah hinanya kita sebagai Hamba ALLAH...
sangat sukar untuk kita memohon atau meminta maaF
walaupun kesalahan yang kita lakukan tidak sebesar manapun berbanding
dengan kesalahan yang kita lakukan kepada yang mencipta kita (ALLAH).
Setiap detik ALLAh menungguh akan permohonan ampun daripada hambanya,
namun kita terlepas pandang dan tidak menghiraukan akan seruannya..Namun ALLAH
terus memberikan kita nikmat yang ada di bumi ini...Dan peluang demi peluang untuk bertaubat terbuka luas,namun kita masih berdegil....Tepuk DADA tanya IMAN...

Allah maha pengampun mengapa kita tidak mahu memaafkan sesama kita diatas
perselisihan faham yang berlaku..

Adakah perkataan Maaf ini tidak mahu diungkapkan kerana:
1.Merasakan jatuh marwah untuk meminta maaf
2.Ego terlalu tinggi
3.Sombong atau ujub mengatakan diri yang terhebat
4.Keras Hati (tidak mendapat hidayat daripada Allah)
5.Hasad dengki
6.Riak
7.Tamak
8.Tidak redoh dengan ujian yang diberi

Ingatlah Kita tidak rugi kalau memberi atau memohon maaf.