Thursday, June 25, 2009

PERIBADI UNGGUL


KECERIAAN

1.Orang yang ceria adalah ornag yang boleh menikmati hidup,tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan.

2.Dia dapat menceriakan situasi orang lain juga dirinya sendiri.

3.Kerana tidak semua orang dikurniakan dengan sifat dan mood yang sentiasa ceria.

4.Dia memilih potensi untuk menghiburkan dan mendorong semangat orang lain.


RENDAH HATI

1. Hanya orang yang kuat jiwanya yang boleh bersikap rendah hati.

2. Ia seperti padi yang semakin berisi semakin tunduk.

3. Orang yang rendah hati dapat mengakui dan menghargai keunggulan orang lain.

4. Maka,wujudlah semangat kerjasama berpasukan ataupun 'Team Work' dalam sebuah unit.


EASY GOING

1. Orang yang easy going menggangap hidup ini ringan.

2. Dia tidak suka membesarkan-besarkan masalah kecil.Bahkan berusaha mengecilkan masalah-masalah bear.

3. Dia tidak suka mengungkit masa lalu dan tidak mahu rungsing dengan masa depan malah sentiasa berdoa kepada ALLAH.

4. Dia tidak akan stress dengan masalah-masalah yang berada di luar kawalannya.


PERCAYA DIRI

1. Rasa percaya diri memungkinkan seseorang menerima dirinya sebagaimana adanya,menghargai dirinya dan menghargai orang lain.

2. Orang yang percaya diri mudah menyesuaikan diri dengan lingkungan dan situasi yang baru.

3. Dia tahu apa yang harus dilakukan dan melakukannya dengan baik.

No comments:

Post a Comment