Tuesday, June 2, 2009

MaAf

" Aku tidak akan maafkan sehingga dia MaTi"
Dialog ini sering kita dengar dari setiap bibir manusia..Dialog ini sangat
GelEmOuR apabila perasaan marah menguasai MinDa.

" Aku tidak akan meminta mAAf kepadanya walaupun apa yang akan terjadi"..
ini adalah dialog yang sering kita dengari apabila berlaku selisih faham sesama manusia..

PerSoAlanNya: Mengapakah sukar untuk melafazkan maaF atau meminta MAAf?..

Kalau diikutkan dek akal yang waras...Meminta mAAf atau Memberi mAAf tidak akan dikenakan bayaran...Ia adalah percuma..Walhal kita akan dapat ganjaran yang lebih besar disisi ALLAH iaitu PAHALA..

Apabila wujudnya perasaan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain
maka wujudlah DENDAM..
Apabila penyakit Hati ini lahir maka tidak hairanlah apabila saban hari kita
mendengar atau melihat kes-kes pembunuhan yang sering disiarkan oleh media cetak atau elektronik..

Nyatalah hinanya kita sebagai Hamba ALLAH...
sangat sukar untuk kita memohon atau meminta maaF
walaupun kesalahan yang kita lakukan tidak sebesar manapun berbanding
dengan kesalahan yang kita lakukan kepada yang mencipta kita (ALLAH).
Setiap detik ALLAh menungguh akan permohonan ampun daripada hambanya,
namun kita terlepas pandang dan tidak menghiraukan akan seruannya..Namun ALLAH
terus memberikan kita nikmat yang ada di bumi ini...Dan peluang demi peluang untuk bertaubat terbuka luas,namun kita masih berdegil....Tepuk DADA tanya IMAN...

Allah maha pengampun mengapa kita tidak mahu memaafkan sesama kita diatas
perselisihan faham yang berlaku..

Adakah perkataan Maaf ini tidak mahu diungkapkan kerana:
1.Merasakan jatuh marwah untuk meminta maaf
2.Ego terlalu tinggi
3.Sombong atau ujub mengatakan diri yang terhebat
4.Keras Hati (tidak mendapat hidayat daripada Allah)
5.Hasad dengki
6.Riak
7.Tamak
8.Tidak redoh dengan ujian yang diberi

Ingatlah Kita tidak rugi kalau memberi atau memohon maaf.

No comments:

Post a Comment