Sunday, April 19, 2009

TiLaWaH

IlMu PeNunDuk






Salam...Hari ini ana nak kongsi satu topik yang menarik,dipetik daripada rancangan TV9 iaitu "Tanyalah Ustaz".

Masyarakat moden hari ini,masih wujud lagi cara yang dianggap zalim ini iaitu Ilmu PenuNduk.

Pernahkah anda mendengar Perkataan "TiLawAH".

TilaWah bermaksud "Sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh si isteri supaya
si suami tunduk kepadanya".


Contohnya : Nasi Kangkang [ Biasanya nasi ini di buat semasa wanita itu dalam keadaan HaId

di kangkangnya nasi yang baru dimasaknya,sehingga darah dan keringatnya jatuh

ke dalam nasi tersebut,selepas itu nasi tadi diberi makan kepada suaminya]

Akibatnya suami menjadi seorang yang tidak tentu arah dan bodoh,mengikut semua kata isterinya seperti "kerbau yang dicucuk hidungnya,ikut sahaja kemana tuanya menariknya".

Kalau sudah macam ini, apalah fungsi sang suami?...Tepuk dada Tanya Iman.


Yang paling menyedihkan,ada dikalangan sang isteri menggunakan ilmu ini untuk menundukkan sang suami supaya segala kehendak si isteri dapat ditunaikan tanpa BANTAHAN..Ada juga isteri yang sanggup menggunakan ilmu ini supaya boleh berlaku CURANG untuk memuaskan Hawa Nafsunya,dan juga tidak dinafikan,ada isteri yang menggunakan ilmu ini kerana tidak tahan dengan sikap BARAn sang Suami yang melampaui batasan kemanusianan.Ingatlah bahawa perbuatan ini adalah perbuatan Syirik.Dosa yang tidak diampuni Oleh ALLAH SWT sekiranya suami meninggal sebelum sempat si isteri memohon kemaafan atas perbuatnnya..Nabi SAW pernah bersabda: Di dalam neraka terlalu banyak golongan WANITA...

Islam adalah agama yang sangat MURNI,Al-Ouran dan sunnah sudah di bekalkan kepada manusia Akhir Zaman ini,segala ilmu masyarakat,kekeluargaan dan sebagainya ada dalam Al-Quran dan As-sunnah,Tetapi manusia malas hendak mencarinya.. Dari sikap inilah timbulnya permasalahan ini.


Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menolak sunnah ku bukan dalam golongan ku.Maka perkahwinan itu adalah sunnah Nabi yang dituntut..melalui ikatan suci inilah manusia akan terpelihara daripada segala kejahatan...Tetapi mengapa sekarang ini terlalu banyak pengkhianatan dalam sesebuah ikatan yang suci itu?. Persoalan demi persoalan timbul,Nyatalah bahawa ramai sekarang manusia sudah lari daripada landasan AgaMa...membelakangkan agama dan mendahului Hawa Nafsu tanpa menggunakan AkaL yang ALLAH kurniakan...


KeSiMpuLaN:Setiap rumahtangga ada geloranya,tetapi penghuninya harus pandai dan bersedia
menghadapi gelora tersebut..Pandanglah dengan pandangan mAta Hati dan Fikirlah dengan FikiraN yang WarAs..Jangan terlalu mengikut hawa Nafsu yang akan memudaratkan Orang lain dan Diri Sendiri...












No comments:

Post a Comment