Sunday, March 1, 2009

7 KELEBIHAN MATI SYAHID

Sabda Rasulullah Saw:

"Tidak sesorang pun yang masuk syurga ingin pulang ke dunia walaupun diberikan kepadanya kekeyaan dunia kecuali yang mati syahid.Orang yang mati syahid ingin pulang supaya dia terbunuh (syahid) sepuluh kali kerana melihat kemuliaan syahid itu." [H.R.Bukhari dan Muslim].

7 Kelebihan Mati Syahid

1.Diampuni dosanya ketika tumpahan pertama darahnya dan diperlihatkan tempatnya di syurga.
2.Dipakaikan dia dengan pakaian iman.
3.Dikahwinkan kepadanya 72 orang bidadari.
4.Bebas daripada siksa kubur.
5.Aman daripada kejutan besar (tiupan sangkala).
6.Dipakaikan di kepalanya mahkota kebesaran yang lebih bernilai daripada dunia dan isinya.
7.Dia diberi syafaat 70 orang dari keluarganya.

Keterangan:

Demikianlah tujuh macam kelebihan orang yang mati syahid.Dari tujuh macam itu mungkin ada dua yang perlu dihuraikan.Pertama aman daripada kejutan besar,yakni sangkakala.Firman Allah dalam Surah An-Naml ayat 87 yang bermaksud:
"Dan (ingatlah) hari ketika ditiup sangkakala,maka terkejutlah segala yang di langit dan dibumi,kecuali siapa yang dikehendaki Allah."
Berdasarkan ayat itu ada orang-orang tertentu yang tidak terkejut ktika ditiup sangkakala.Orang yang tidak terkejut itu termasuklah orang yang mati syahid berdasarkan hadis di atas.Mungkin kerana roh mereka sudah terbang ke sana ke mari dibawa oleh burung di taman-taman syurga,maka mereka tidak mendengar sangkakala atau huru-hara kiamat lagi.
Orang yang mati syahid diberi hak mensyafaatktn 70 orang keluarganya.Beruntunglah kalau anak-anak atau keluarga kita yang mati berjihad,kalau mereka mati syahid kita pun ikut masuk syurga.
Dalam hadis kedua disebutkan bahawa orang yang masuk syurga tidak seorang pun yang mahu dikembalikan ke dunia walaupun diberikan kepadanya segala yang ada di dunia tetapi tidak lain untuk ikut berjihad.Dia ingin terbunuh atau mati syahid sepuluh kali.Ini tidak kerana lain kerana melihat betapa besarnya ganjaran bagi orang yang mati syahid.

Kesimpulanya, mati syahid terlalu banyak ganjaran yang Allah janjikan diakhirat kelak.Demekianlah saudara-saudara ku yang syahid di bumi pelastin,besarnya syafaat yang kamu berikan kepada keluargamu yang redoh dengan kehendak ilahi....Kerana serpihan daging-daging yang melekat di dinding dan bertaburan di bumi GASA begitu harum mewangi..Itulah daging orang yang mati syahid.."Ya Allah berilah keamanan kepada GASA.".

No comments:

Post a Comment