Monday, March 2, 2009

JaRi JeMaRI

Jari..Setiap makhluk bernama Manusia, Allah ciptakan jari yang sangat cantik.
Jumlah jari manusia semuanya ada 5 ada yang mempunyai keistimewaan
iaitu 6 jari. Namun Kuasa Allah mengatasi semuanya ada juga makhluknya
tidak dikurniakan jari. Sebagai manusia yang normal mempunyai 5 jari
iaitu ibu jari,jari tunjuk,jari tengah, jari manis dan jari kelingkin.Setiap jari
ada perananya dalam kehidupan kita seharian.

Ibu Jari :
Diibarat sebagai orang tua yang banyak memberi sumbangan dari segi idea
dan pengelaman.Dari segi hidup berkeluarga,golongan ini seperti ibu- bapa
kita yang melahirkan dan mendidik kita sehinggalah kita menjadi manusia
yang berguna.tanpa golongan ini kita tidak akan berjaya.Oleh itu kita
haruslah menghormati mereka.

Jari Tunjuk:
Diibarat golongan kaya.Golongan ini amat penting dalam masyarakat,
kerana merekalah yang dapat membantu dari segi kewangan.

Jari Tengah:
Diibarat golongan Pemimpin dan ulama. Golongan ini amat penting
kerana merekalah yang mewarni sesebuah negara.Lemah meraka
maka lemahlah sesebuah negara.

Jari Manis :
Diibarat golongan remaja.Golongan muda yang cemerlang amatlah
diharapkan kerana mereka ini lah yang bakal menjadi pemimpin
pada masa hadapan.Kalau rosak golongan ini maka rosaklah
sesebuah masyarakat dan negara.

jari kelingking :
Diibarat Golongan Hawa.Walaupun ianya dilihat sangat kecil diantara
kelima-limanya,tetapi mempunyai peranan yang sangat besar dalam
kehidupan.Kerana sifat keibuan dan kewanitaan
dapat memberi suntikan semangat yang kuat kepada kaum Adam.Seringkali
kita dengar cemerlang kaum Adam kerana ada Hawa disampingnya.

Oleh yang demikian,setiap ciptaan ALLAH sangat indah kerana yang tersurat dan tersirat dapat dikaitkan dengan fikiran yang waras...





No comments:

Post a Comment