Sunday, March 1, 2009

"DaTInG"


Assalamualaikum, Hari ini ana hendak berkongsi dengan anda semua mengenai satu topik yang sangat menarik untuk dibincangkan. Semalam tepat 9.30 malam satu rancangan HALAQAH yang membincangkan perkataan yang sering kita dengar atau lakukan setiap masa iaitu "dAtInG".

"DaTinG"...membawa maksud bila seorang lelaki dan perempuan yang bukan muhrimnya berjumpa tanpa ditemani oleh orang ketiga yakni [Saudaranya atau orang yang rapat denganya].

"DAting" ini begitu senonim dengan pasangan yang hangat bercinta,tanpa dAtinG tidak lengkaplah satu perhubungan yang diwujudkan atas dasar suka sama suka.. Ramai masyarakat hari ini beranggapan bahawa dengan "Dating" ini kita dapat mengenal pasangan kita dengan lebih dekat lagi,darisegi kejujuran,keiklasan dan tetelusan hati seseorang. Persoalannya sekarang adakah konsep "DaTinG" ini memenuhi hukum syarak?..Ramai remaja yang hanyut dibawa harus "DaTing" ini, natijah terlalu mengikut hawa nafsu dan dunia barat menjadi rujukkan ramai yang sanggup membunuh diri kerana kekecewaan dalam percintaan.Adap sopan sudah hilang dari diri masyarakat kita hari ini,Ramai anak-anak yang lahir kedunia ini tanpa WALI dan anak yang lahir tidak cukup sifat dibuang merata-rata tempat.Demekianlah AllaH SWT menegur kita "janganlah kamu mendekati zina."Begitu Allah menegur kita dengan bahasa yang lembut supaya kita beringat akan azab yang Allah Akan turunkan kepada kita. Apabila Nasfu menguasai Akal,maka akal tidak dapat berfungsi dengan baik.

Wahai Sahabatku,marilah kita bersama mengkaji perkataan"DaTing " dari segi hukum syarak yang dibenarkan oleh Islam, supaya kita semua tidak terperdaya oleh barat yang setiap masa ingin menghancurkan kita dengan cara yang amat halus.Ingatlah apa yang kita lakukan didunia ini walaupun sebesar zarah sekalipun akan dinilai oleh yang maha pencipta.

Oleh itu,"Dating yang berunsur zina jauhilah...kerana azab Allah lebih pedih.

No comments:

Post a Comment