Wednesday, March 18, 2009

PeTuA KeCaNtIkAn

Sahabatku,..Hari ini ana hendak berkongsi sedikit petua kecantikan.Semoga petua ini dapat memberi semangat dan tenaga untuk kita dalam keadaan cergas,ceria dan gembira selalu.

PEtUa:

MengHilangkan Bau MuLuT
Ambil 10 bunga cengkeh dan 3 ulas bawang putih dilumat hingga halus,
gosok pada gigi dan berkumur-kumur.Lakukan 3 hari sekali.
Kesannya: Mulut akan mengeluarkan bau yang HARUM.

MenCerahkan KeTiaK
Ambil kapur sirih dan air limau,campurkan sehingga sebati.
Kemudian sapu pada ketiak selepas mandi.
Kesannya: ketiak cerah dan tidak berbau.

Mengatasi TuMit PeCaH/MeRekah.
Gosok tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh,lakukan sebelum mandi.
Gosok tumit kaki yang merekah pada permukaan simen yang kasar.
Kesannya:Tumit kaki akan kembali kepada yang asal.

MenGhilaNgkan Bau KeTiaK.
Ambil hampas teh dan sedikit garam halus,Campurkan kedua-dua bahan ini
dan sapu pada ketiak.Lakukan dua minggu sekali.
Kesannya: Ketiak akan wangi

MeNgHilangkan BinTik HiTaM.
Rendamkan sehelai tisu ke dalam putih telur dan tampelkan pada muka.
biarkan kering dan basuh muka dengan air bersih/pencuci muka.
Lakukan 2 minggu sekali.
Kesannya:Bintik hitam akan hilang.

Bibir sentiasa berseri.
Ambil 1/3 air kunyit hidup dan 1/3 santan pekat dan sedikit garam
minum setiap pagi.
Kesannya:Bibir akan berseri-seri.

MeNghiLanGkan Lebam MaTa.
1.Uncang teh yang telah digunakan,letak pada mata dan biarkan semalaman.
-lakukan 3kali seminggu
2.Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis.
-lakukan 3kali sehari.

WaJaH BerSeri-SerI.
Basuh muka dengan menggunakan air basuhan beras yang ke-3
bilas dengan air bersih setelah 10 minit.

MelamBaBkan MuKa.
Tumbuk kobis sehingga lumat,campur dengan madu.
tempalkan pada muka,lakukuan selama seminggu.
Masalah kulit kering dapat diatasi.

Awet MuDa
Ambil 3 pucuk betik dan sedikit kunyit hidup,kisar sehingga halus
dan minum 3 kali seminggu.

Kesimpulannya, senari diatas adalah petua orang tua dahulu,kalau nak amalkan tidak menjadi masalah...TAPI harus diInGATkan bahawa kecantikan sebenar ialah terletak pada dalaman [HATI]..kalau hati kita cantik,bersih dan sihat sinar itu akan terpancar pada wajah kita secara semulajadi...WASSALAM.

No comments:

Post a Comment