Wednesday, March 4, 2009

EVolUsI DaN ReVolUsi

Telefon bimbit,telefon tangan,handfone,telefon selular dan sebagainya.

Masa semakin pantas berlalu,peralatan semakin canggih dan pemikiran manusia jauh melangkaui batas pemikiran sebagai manusia biasa, sayangnya kelebihan dan keistimewaan yang dimiliki telah disalahgunakan.
Peralatan canggih dicipta dengan tujuan untuk memudahkan kehidupan harian kita,tetapi sekarang ni ana lihat tujuan asalnya telah berubah iaitu sebagai alat pemusnah akidah manusia,sebagai contoh yang paling mudah dan simple komputer dan telefon selular.Kedua-dua alat ini sangat mudah diperolehi di pasaran.Pemiliknya pula tidak kira peringkat usia; dari golongan tua hinggalah ke golongan kanak-kanak;dari golongan bangsawan hinggalah kepada golongan kebanyakkan.
Asalnya memanglah benda-benda tu semua dimiliki untuk memudahkan hidup tatapi lama-kelamahan ia berubah pula.Zaman sekarang ni kegunaanya lebih banyak kepada hiburan,bidang hiburan itu memanglah tidak salah,tapi harus diingat hiburan yang mengikut syarak. Pada asalnya memanglah sekadar hiburan tetapi lama-kelamaan pelbagai bentuk hiburan yang tidak sepatutnya ditawarkan pun ditawarkan untuk tatapan umum. Lucah,keganasan,ugutan,seringkali dikaitkan dengan kemudahan peralatan sekarng ni,yang lagi teruk perkataan keramat untuk si isteri iaitu lafaz cerai pun diluahkan dalam telefon melalui (SMS). Cuba kita renungkan di mana kekurangannya atau silapnya permasanahan ini.Persoalannya siapa yang harus bertangjung jawab,Pihak berwajib,masyarakat, ibu-bapa atau diri sendiri?..ohhh Sudah tentu ramai yang menyalahkan pihak berwajib kerana tidak menyekat laluan yang berunsur demikian....semua menuding jari dan asyik menyalahkan sesama sendiri tanpa mengambil tindakkan yang sepatutnya.

Janganlah seperti dalam lirik dibawah:-

Bangau oh bangau
mengapa engkau kurus,macam mana aku tak kurus, ikan tidak timbul
Ikan OH Ikan
mengapa engkau tidak timbul,macam mana aku tak timbul,rumput panjang sangat.
Rumput oh Rumput
Mengapa engkau panjang sangat,macam mana aku tak panjang,kerbau tak makan aku
Kerbau Oh kerbau
Mengapa engkau tak makan rumput,macam mana aku tak makan,perut aku sakit.
PeruT Oh PeruT
Mengapa engkau sakit macam aku tak sakit,makan nasi mentah.
NaSi oH Nasi
Mengapa engkau mentah, macam mana aku tak mentah,kayu habis basah.
KaYu Oh KayU
Mengapa engkau basah,macam mana aku tak basah,hujan timpa aku.
Hujan Oh HuJan
Mengapa engkau timpah kayu,macam mana aku tak timpah,katak panggil aku.
KatAK Oh KaTaK
Mengapa engkau panggil hujan,macam mana aku tak panggil,ular nak makan aku.
Ular Oh Ular
Mengapa engkau nak makan katak,macam mana aku tak makan,itu makanan aku.

Cuba kita hayati lirik diatas,daripada persoalan 1-9 masih tidak ada jawapan asyik berdolak-dalih sahaja,sehinggalah sampai ke 10 persoalan,barulah jawapan yang diharapkan terjawabt ,kalau tidak panjang berjelah-jelah lagi lirik tersebut.Beruntunglah Ular sanggup bertanggungjawab atas perbuatanya untuk menyelesaikan permasalan tersebut.Demikian juga dalam hal ini, Kita semua asyik menyalahkan antara satu sama lain untuk memyelesaikannya tapi kita lepas tangan dan mudah melatah.
Kesimpulannya, Di era kecanggihan teknologi ini, semua pihak harus terlibat dalam menyelesaikan mesalah yang wujud,jangan hanya mengharapkan pihak berwajib sahaja menyelesaikannya.Cubalah peka dengan apa yang berlaku disekitar kita hari ini. "Tepuk Dada tanya Iman."

No comments:

Post a Comment